Tuesday, January 20, 2015

Bank Idea

"Idea saya selalu datang tiba-tiba. Tidak sempat catat, sudah hilang," keluh seorang kenalan.

"Saya pula selalu lupa apa saya nak buat. Cuba buat senarai tetapi, tidak menjadi. Asyik hilang kertas senarai," keluh seorang yang lain.

"Selalu on Whatsapp?" aju saya.

Kedua-dua kenalan saya mengangguk.

"Buat satu group Whatsapp khas untuk diri sendiri. Group itu menjadi bank idea, list-to-do dan reminder," balas saya.

"Hah? Tetapi, mana boleh add diri kita sahaja. Mesti ada orang lain, baru buat group."

"Begini..." ujar saya, mula mencatat di atas kertas.

1. Tubuhkan Group Whatsapp dan letakkan nama

2. Add seorang (jika perlu, maklumkan kepada orang tersebut.)

3. Apabila group sudah ditubuhkan, remove orang tersebut.

4. Mula mencatat idea.

Saya hulurkan kertas tersebut kepada dua kenalan tadi.

"Boleh letakkan link url, idea, list-to-do dan macam-macam lagi. Selain di Whatsapp, boleh juga buat group di Facebook."

"Wah!"

"Secara peribadi, saya dan Ummi ada group khusus kami berdua sahaja. Di situ ialah tempat kami berbincang atau kongsikan bahan. Lagipun, tidak semua benda sesuai ditonjolkan di khalayak umum."

"Selama ini saya sangka Whatsapp dan Facebook hanya sesi lepak di kedai kopi."

"Tidak salah lepak di kedai kopi. Tetapi, kita sendiri menentukan, bagaimana sesi lepak tersebut boleh memberi manfaat."

1 comment:

  1. Idea yg bernas!
    Ustazah sgt suka dgn penulisan anti.
    Mendatangkan semangat ustazah terhadap penulisan setelah sekian lama terkubur.
    Teruskan sebarkan kalam buat ummat!

    ReplyDelete