Sunday, February 15, 2015

Sabun Mama

"Mama kalau nak guna sabun Akak, ambil sahaja ya. Ada di tandas," ujar saya.

Mama (panggilan kepada nenek) mengangguk, lalu menapak ke tandas. Saya kembali membaca mushaf, sementara menanti masa untuk ke Masjidil Haram.

Beberapa minit kemudian, Mama keluar daripada tandas dan siap berpakaian.

"Akak, wangi sabun akak. Beli di mana?"

"Akak beli di Malaysia sahaja, Mama. Sabun itu boleh didapati mana-mana kedai runcit. Mama nak akak belikan?"

"Boleh juga. Mama nak botol besar."

"Mama nak cepat ke? Kalau nak, Akak boleh minta Acu (bapa saudara) belikan siap-siap."

"Tak payahlah. Mama tak nak cepat pun. Nah duit," balas Mama, mencapai beberapa wang ringgit.

"Eh, tak payah beri duit dulu, Mama. Akak belikan beli kita balik Malaysia nanti ya?"

Permintaan Mama nampak tidak logik.
Boleh sahaja Mama meminta Acu belikan sabun itu.
Malah, Mama boleh beli sendiri di mana-mana kedai.

Namun, itu tanda kasih seorang nenek.
Maknanya besar, walau sekadar membelikan sabun wangi.

No comments:

Post a Comment