Tuesday, April 14, 2015

Sitijah

Saya sedang bersantai-santai di bilik rakan ketika secara tiba-tiba, bunyi kucing mengiau kuat kedengaran.

"Mesti Sitijah," ujar rakan saya, membuka pintu.

Pantas, seekor kucing berbulu putih, jingga dan hitam masuk ke bilik.

"Nak makan ya?" ujar rakan saya, mencapai bekas berisi makanan kucing.

Namun, Sitijah terus mengiau dan mengiau.

"Awak nak apa?" aju rakan dengan nada suara yang semakin meninggi.

" Saya rasa dia mahu beritahu sesuatu. Hah, mari sini Sitijah," balas saya, menuju ke pintu dan diekori Sitijah.

"Oh, terima kasih, Sitijah. Awak, mari sini sekejap. Sitijah mahu tunjuk sesuatu."

"Apa?"

"Mari jengulkan kepala di pintu."

"Ada apa?"

"Tengok sahaja."

Maka, rakan saya menjenguk sebelum menjerit, "Apa tu?!"

"Hadiah dari Sitijah. Tengok, dia dah berhenti mengiau. Dia nak minta awak tengok sahaja," jawab saya, selamba.

"Habis, nak buat macam mana?"

"Minta dia alihkan."

"Oh," jawab rakan saya, masih merenung bangkai burung merpati besar, hadiah daripada Sitijah.

No comments:

Post a Comment