Saturday, February 21, 2015

Asah Bakat

"Wawa sahaja tak berbakat."

"Wawa, bakat itu perlu diasah," balas Ummi.

"Tapi macam mana?"

"Wan tahu, Wan tahu," celah Wan.

"Macam mana?"

"Guna pengasah pensel."

"Hah? Mana boleh, Wan," ujar Ummi.

"Kalau pensel itu namanya 'bakat', atau berjenama 'bakat'. Kita asah bakat," jawab Wan, disusuli tawa.

Kami menepuk dahi.

"Tu namanya kreatif."

No comments:

Post a Comment